
Melihat foto dan video dalam Album
Gunakan Album untuk melihat foto dan memainkan video yang anda telah ambil
dengan kamera telefon anda atau untuk melihat kandungan yang serupa yang anda
telah muat turun atau salin ke kad ingatan. Anda boleh menambah geoteg ke foto dan
video anda, kemudian lihat ia pada peta dunia. Dalam Album, anda juga boleh melihat
foto dan video yang anda telah muat naik ke perkhidmatan dalam talian, sebagai
contoh, ke album web Picasa™ atau ke Facebook™.
Dari Album, anda juga boleh berkongsi foto dan video kegemaran anda dengan
rakan-rakan melalui teknoloi tanpa wayar Bluetooth™, e-mel, pemesejan dan pelbagai
perkhidmatan dalam talian. Dan anda boleh melakukan tugas penyuntingan asas
pada foto dan menetapkannya sebagai hias latar atau gambar kenalan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, lihat Menyambung telefon anda kepada komputer
pada halaman 94.
Gambaran keseluruhan tab album
Tab yang berikut tersedia dalam Album:
•
Gambar
– lihat semua foto dan video yang disimpan di kad ingatan.
•
Peta
– lihat foto dan klip video geoteg anda pada peta dunia.
•
Dalam talian
– lihat album dalam talian anda.
Untuk membuka Album
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Album .
Jika orientasi skrin tidak berubah secara automatik apabila anda memusingkan telefon ke
arah sisi, tandakan kotak semak Skrin autoputar di bawah Tetapan > Paparan.