
Melindungi pendengaran anda
Mendengar pemain Walkman™ atau pemain media lain untuk kelantangan yang
berlebihan atau tempoh masa yang berpanjangan boleh merosakkan pendengaran
anda, walaupun apabila kelantangan adalah pada tahap yang sederhana. Untuk
memberi amaran risiko sedemikian kepada anda, amaran tahap kelantangan
kelihatan apabila kelantangan adalah terlalu tinggi dan selepas pemain Walkman™
digunakan melebihi 20 jam.
Untuk mematikan amaran paras kelantangan
•
Apabila muncul, ketik OK untuk menolak amaran.
Setiap kali anda memulakan semula telefon anda, kelantangan media ditetapkan ke paras
sederhana secara automatik.