Sony Xperia E - Menggunakan Muzik saya untuk mengatur trek anda

background image

Menggunakan Muzik saya untuk mengatur trek anda

Ketik tab Muzik Saya dalam Pemain Walkman™ untuk mendapatkan gambaran

keseluruhan semua trek yang anda simpan ke kad memori telefon anda. Dalam Muzik

Saya anda boleh menguruskan album dan senarai main anda, mewujudkan jalan

pintas dan mengatur muzik mengikut suasana dan tempo.

Gambaran keseluruhan Muzik saya

60

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

1

Kembali ke trek semasa di trek muzik

2

Gambar artis dimainkan pada masa ini (jika tersedia)

3

Semak imbas muzik anda mengikut artis

4

Kategorikan muzik anda menggunakan saluran SensMe™

5

Urus dan sunting muzik anda menggunakan Music Unlimited™

6

Semak imbas senarai main kegemaran anda

7

Kumpul pautan kepada muzik dan kandungan berkaitan muzik yang anda dan rakan anda telah

kongsikan menggunakan perkhidmatan dalam talian

8

Semak imbas semua senarai main

9

Semak imbas audio mengikut trek

10 Semak imbas mengikut album

Untuk menambah trek muzik sebagai jalan pintas

1

Dalam pemain WALKMAN, ketik MUZIK SAYA.

2

Ketik , , atau , semak imbas trek yang anda ingin simpan sebagai jalan

pintas.

3

Sentuh dan tahan tajuk trek.

4

Ketik Tambah sebagai jalan pintas. Jalan pintas kini kelihatan dalam paparan

utama Muzik saya.

Untuk menyusun semula jalan pintas

1

Dalam pemain Walkman™, ketuk MUZIK SAYA.

2

Sentuh dan tahan jalan pintas sehingga ia menjadi besar dan telefon bergetar,

kemudian seret item ke lokasi baru.

Untuk memadam jalan pintas

1

Dalam pemain Walkman™, ketuk MUZIK SAYA.

2

Sentuh dan tahan jalan pintas sehingga ia membesar dan telefon bergetar,

kemudian, seret item kepada .

Anda tidak boleh memadam tab berikut: Trek, Album, Artis, Senarai main, Music Unlimited,

Muzik rakan dan SensMe™ channels.

Untuk mengemas kini muzik anda dengan maklumat terbaru

1

Dalam pemain Walkman™, ketik MUZIK SAYA, kemudian pilih .

2

Ketik Muat turun maklumat muzik > Mula. Telefon anda mencari dalam talian

dan memuat turun seni album dan maklumat trek tersedia yang terkini untuk

muzik anda.

Aplikasi saluran SensMe™ diaktifkan apabila anda memuat turun maklumat muzik.

Menkategorikan muzik anda menggunakan SensMe™ channels

Saluran aplikasi SensMe™ membantu anda mengatur muzik anda mengikut perasaan

dan tempo. SensMe™ mengumpulkan semua trek anda dalam dua belas kategori,

atau saluran, jadi anda boleh memilih muzik yang sepadan dengan perasaan anda

atau sesuai dengan masa pada hari tersebut.

Untuk mendayakan aplikasi SensMe™ channels

1

Dalam pemain Walkman™, ketuk MUZIK SAYA.

2

Tekan , kemudian ketik Muat turun maklumat muzik.

Aplikasi ini memerlukan sambungan rangkaian mudah alih atau Wi-Fi®.

Mainkan muzik mengikut susunan rawak

Anda boleh memainkan trek dalam senarai main mengikut susunan rawak. Senarai

main itu, boleh jadi senarai main yang anda buat sendiri atau sesuatu album.

61

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memainkan trek dalam susunan rawak

1

Dalam pemain Walkman™, ketuk MUZIK SAYA.

2

Ketik dan navigasi ke album, atau ketik dan semak imbas ke senarai main.

3

Buka album atau senarai main dengan mengetik namanya.

4

Ketik untuk menghidupkan Mod kocok.