Senarai main
Pemain Walkman™ secara automatik membuat senarai main Pintar pada tab senarai
main dalam pustaka pemain Walkman™. Anda juga boleh mewujudkan senarai
main anda sendiri daripada muzik yang disimpan pada kad memori telefon anda.
Selain daripada itu, anda boleh memasang aplikasi Media Go™ pada komputer dan
menggunakannya untuk menyalin senarai main daripada komputer ke kad memori
telefon anda.Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Menyambung telefon anda
kepada komputer
pada halaman 94.
Untuk mewujudkan senarai main anda sendiri
1
Dalam pemain Walkman™, ketuk MUZIK SAYA.
2
Untuk menambah artis, album atau trek ke senarai main, sentuh dan tahan
nama artis atau tajuk album atau trek.
3
Dalam menu yang terbuka, ketik Tambah ke senarai main > Wujudkn snarai
main baru
.
4
Masukkan nama untuk senarai main dan ketik OK.
Untuk menambah trek ke senarai main
1
Semasa menyemak imbas pustaka pemain Walkman™, sentuh dan tahan
nama artis atau tajuk album atau trek yang anda ingin tambah.
2
Ketik Tambah ke senarai main.
3
Ketik nama senarai main mana yang anda hendak tambah artis, album atau
trek. Artis, album atau trek ditambah ke senarai main.
Untuk memainkan senarai main anda sendiri
1
Dalam pemain WALKMAN, ketik MUZIK SAYA.
2
Ketik .
3
Di bawah Senarai main, ketik senarai main.
4
Ketuk trek untuk memainkannya.
Untuk mengeluarkan trek daripada senarai main
1
Dalam senarai main, sentuh dan tahan tajuk trek yang anda hendak padam.
2
Ketik Padamkn drpd senarai main.
Untuk memadamkan senarai main
1
Dalam pemain Walkman™, ketuk MUZIK SAYA, kemudian, pilih Senarai main.
2
Sentuh terus senarai main yang anda hendak padamkan.
3
Ketik Padam.
4
Ketik Padam sekali lagi untuk mengesahkan.
Anda tidak boleh memadam senarai main lalai.