Sony Xperia E - Bermula dengan E-mel

background image

Bermula dengan E-mel

Gunakan aplikasi E-mel dalam telefon anda untuk menghantar dan menerima e-mel

melalui akaun e-mel tetap atau melalui akaun korporat anda. Atau, anda boleh

melakukan kedua-duanya. Telefon anda boleh mengurus beberapa akaun e-mel pada

masa yang sama. Anda boleh menyediakan akaun-akaun ini untuk dijalankan melalui

satu peti masuk yang digabungkan, atau melalui peti-peti masuk berasingan. Sila

maklum bahawa e-mel yang anda terima pada akaun Gmail™ boleh diakses dalam

telefon dari E-mel dan aplikasi Gmail™.

Mesej e-mel Microsoft® Outlook® korporat anda perlu disimpan pada pelayan

Microsoft® Exchange agar kefungsian yang diterangkan di atas berfungsi. Lihat

Menyelaras

e-mel korporat anda, kalendar dan kenalan

pada halaman 99 untuk maklumat lanjut.

Menggunakan akaun e-mel

Untuk menyediakan akaun e-mel dalam telefon anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik .

3

Masukkan alamat dan kata laluan e-mel, kemudian ketik Seterusnya.

4

Jika tetapan untuk akaun e-mel tidak dapat dimuat turun secara automatik,

lengkapkan persediaan secara manual. Jika perlu, hubungi pembekal khidmat

e-mel anda untuk tetapan terperinci. Untuk persediaan e-mel korporat pada

telefon anda, pilih Exchange Active Sync sebagai jenis akaun.

5

Apabila anda digesa, masukkan nama untuk akaun e-mel anda supaya ia

mudah untuk dikenal pasti. Nama yang sama ditunjukkan dalam e-mel yang

anda hantar daripada akaun ini. Setelah anda selesai, ketik Seterusnya.

Anda boleh menyediakan lebih daripada satu akaun e-mel.

Untuk menyediakan akaun e-mel sebagai akaun lalai anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik .

3

Tekan , kemudian ketik Tetapan.

4

Ketik akaun yang anda hendak gunakan sebagai akaun lalai untuk mengarang

dan menghantar e-mel.

5

Tandakan kotak semak Akaun lalai. Peti masuk akaun lalai muncul setiap kali

anda membuka aplikasi E-mel.

Jika anda hanya mempunyai satu akaun e-mel, akaun ini adalah akaun lalai secara automatik.

Untuk menambah akaun e-mel tambahan dalam telefon anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik .

3

Tekan , kemudian ketik Tetapan.

4

Ketik Tambah akaun.

5

Masukkan alamat dan kata laluan e-mel anda, kemudian ketik Seterusnya.

6

Jika tetapan untuk akaun e-mel tidak dapat dimuat turun secara automatik,

lengkapkan persediaan secara manual. Jika perlu, hubungi pembekal khidmat

e-mel anda untuk tetapan terperinci.

7

Apabila digesa, masukkan nama untuk akaun e-mel anda supaya ia mudah

untuk dikenal pasti. Nama yang sama ditunjukkan dalam e-mel yang anda

hantarkan daripada akaun ini.

8

Setelah anda selesai, ketik Seterusnya.

53

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mengalihkan akaun e-mel daripada telefon anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik .

3

Tekan , kemudian ketik Tetapan.

4

Ketik akaun yang anda ingin alih keluar.

5

Cari dan ketik Alih keluar akaun >OK.

Gmail™ dan perkhidmatan Google™ yang lain

Jika anda mempunyai akaun Google™, anda boleh menggunakan aplikasi Gmail™

dalam telefon anda untuk membaca, menulis dan mengatur mesej e-mel. Selepas

anda menyediakan akaun Google™ untuk berfungsi dalam telefon, anda boleh juga

bersembang dengan rakan menggunakan aplikasi Google Talk™, menyegerakkan

aplikasi kalendar telefon anda dengan Google Calendar™, dan muat turun aplikasi

dan permainan dari Google Play™.

Perkhidmatan dan ciri yang diterangkan dalam bab ini mungkin tidak disokong di semua

negara atau rantau atau oleh semua pembekal rangkaian dan/atau perkhidmatan di semua

kawasan.

Untuk menyediakan akaun Google™ dalam telefon anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan > Tambah akaun > Google.

3

Ikut wizard pendaftaran untuk membuat akaun Google™, atau daftar masuk jika

anda sudah mempunyai akaun. Telefon anda kini sedia untuk digunakan

dengan Gmail™, Google Talk™ dan Google Calendar™.

Anda juga boleh mendaftar masuk atau membuat akaun Google™ dari panduan persediaan

pada kali pertama anda memulakan telefon anda. Atau anda boleh pergi ke dalam talian dan

buat akaun di

www.google.com/accounts

.

Untuk membukaGmail™ Aplikasi

1

Dari Skrin Utama, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Gmail.