Memuat turun dari Google Play™
Anda boleh memuat turun semua jenis aplikasi dari Google Play™, termasuk aplikasi
percuma.
Sebelum anda memuat turun aplikasi
Sebelum anda memuat turun dari Google Play™, pastikan bahawa anda mempunyai
sambungan Internet yang berfungsi.
Selain itu, jangan lupa bahawa anda mungkin dikenakan caj trafik data apabila anda
memuat turun kandungan ke telefon anda. Hubungi pengendali anda untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk memuat turun aplikasi percuma
1
Dalam Google Play™, cari item yang anda ingin muat turun dengan menyemak
imbas kategori atau dengan menggunakan fungsi carian.
2
Ketik item untuk melihat butirannya dan ikuti arahan untuk menyelesaikan
pemasangan.
3
Jika aplikasi yang anda ingin muat turun memerlukan akses kepada data anda
atau kawalan mana-mana fungsi pada telefon anda, skrin tambahan akan
kelihatan bersama butiran. Baca skrin ini dengan teliti kerana kefungsian telefon
anda mungkin terjejas dengan serius jika anda meneruskan. Ketik OK jika anda
bersetuju atau Batal jika anda ingin membatalkan muat turun.
Untuk memuat turun aplikasi berbayar
1
Dalam Google Play™, cari item yang anda ingin muat turun dengan menyemak
imbas kategori atau dengan menggunakan fungsi carian.
2
Ketik item untuk melihat butirannya dan ikuti arahan dalam telefon anda untuk
menyelesaikan pembelian anda.
3
Jika aplikasi yang anda ingin muat turun memerlukan akses kepada data anda
atau kawalan mana-mana fungsi pada telefon anda, skrin tambahan akan
kelihatan bersama butiran. Baca skrin ini dengan teliti kerana kefungsian telefon
anda mungkin terjejas dengan serius jika anda meneruskan. Ketik OK jika anda
bersetuju atau Batal jika anda ingin membatalkan muat turun.
Untuk membuka aplikasi yang dimuat turun
1
Dalam Google Play™, tekan , kemudian ketik My Apps.
2
Ketik aplikasi yang dimuat turun.
Anda juga boleh mengakses aplikasi yang dimuat turun dari skrin Aplikasi.
37
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.