
Menambah kedudukan geografi kepada foto anda
Hidupkan geopengetegan untuk menambah lokasi geografi (geotag) anggaran ke foto
apabila anda merakamnya. Lokasi geografi ditentukan oleh rangkaian wayarles
(rangkaian mudah alih atau Wi-Fi®) ataupun teknologi Sistem Penentududukan
Sejagat (GPS).
Apabila kelihatan pada skrin kamera, geopengetegan dihidupkan tetapi kedudukan
geografi tidak ditemui. Apabila kelihatan, geopengetegan dihidupkan dan
kedudukan geografi tersedia, oleh itu foto anda boleh diletakkan geotag. Apabila tiada
satu pun daripada kedua-dua simbol ini kelihatan, geopengetegan dimatikan.
69
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Untuk menghidupkan geopengetegan
1
Aktifkan kamera.
2
Jika kamera pegun tidak dipilih, seret ke .
3
Tekan , kemudian ketik Geotag > Hidupkan.
4
Ketik OK untuk bersetuju mendayakan GPS dan/atau rangkaian wayarles.
5
Tandakan pilihan yang anda mahu buat di bawah Perkhidmatan lokasi.
6
Selepas anda mengesahkan tetapan anda, tekan untuk kembali ke skrin
kamera.
7
Jika kelihatan pada skrin kamera, lokasi anda tersedia dan foto anda boleh
digeotegkan. Jika tidak, semak GPS anda dan/atau sambungan rangkaian
wayarles.