
Mengambil foto dengan kamera pegun
Terdapat tiga cara untuk mengambil foto dengan kamera pegun. Anda boleh menekan
kekunci kamera, ketik butang kamera pada skrin atau sentuh tempat pada skrin.
Untuk membuka kamera
•
Apabila skrin aktif, tekan dan tahan kekunci kamera ke bawah.
Untuk menutup kamera
•
Tekan dari skrin kamera utama.
Untuk mengambil foto menggunakan kekunci kamera
1
Aktifkan kamera.
2
Jika kamera pegun tidak dipilih, seret ke .
3
Tekan kekunci kamera sepenuhnya ke bawah.
Untuk mengambil foto dengan mengetik butang pada skrin
1
Aktifkan kamera.
2
Jika kamera pegun tidak dipilih, seret ke .
3
Untuk memaparkan semua tetapan, tekan .
4
Ketik Kaedah penangkapan dan pilih Butang pada paparan jika ia belum
dipilih.
5
Halakan kamera ke arah subjek.
6
Ketik butang pada skrin. Foto diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari
anda.
Untuk menggunakan fungsi zum
•
Apabila kamera dibuka, tekan kekunci kelantangan ke atas atau bawah untuk
mengezum masuk atau keluar.
Untuk melihat foto dan video anda
1
Buka kamera, kemudian ketik imej kecil di sebelah bawah skrin untuk membuka
foto atau video.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk melihat foto dan video anda. Video ditandakan
dengan .
Dalam langkah 1, anda juga boleh menguis imej kecil dari kanan ke kiri dan kemudian pilih
satu yang anda mahu lihat.
Untuk memadamkan foto
1
Buka foto yang anda mahu padamkan.
2
Ketik skrin untuk memaparkan .
3
Ketik .
4
Ketik OK untuk mengesahkan.