
Perihal kamera
Dengan kamera telefon anda, anda boleh mengambil foto 2D biasa . Hantarkan foto
dan video anda kepada rakan sebagai mesej multimedia atau muat naiknya ke
perkhidmatan web.
Gambaran keseluruhan kawalan kamera
1
Zum masuk atau zum keluar
2
Skrin utama kamera
3
Bertukar antara kamera pegun dan video
4
Kekunci kamera – Aktifkan kamera/Ambil foto/Rakam video
5
Paparkan semua tetapan
6
Ambil foto atau rakam klip video
7
Undur selangkah atau keluar dari kamera
8
Lihat foto dan video
9
Ikon tetapan kamera
Petua mengenai cara menggunakan kamera
Peraturan pertiga
Jangan letakkan subjek anda di tengah-tengah bingkai. Dengan meletakkannya pada
kedudukan sepertiga bahagian ke dalam, anda mendapat hasil yang lebih baik.
Pegang dengan stabil
Elakkan foto kabur dengan memegang kamera dengan stabil. Cuba stabilkan tangan
anda dengan menyandarkannya pada objek padu.
Pergi lebih dekat
Dengan pergi sedekat mungkin ke subjek anda, anda boleh memenuhkan paparan
skrin kamera dengan subjek anda.
Ambil kira kepelbagaian
Fikirkan mengenai sudut berbeza, dan bergerak ke arah subjek. Ambil beberapa foto
menegak. Cuba kedudukan berbeza.
Gunakan latar belakang kosong
Latar belakang kosong membantu menyerlahkan subjek anda.
Pastikan lensa anda bersih
Telefon mudah alih digunakan dalam semua jenis cuaca dan tempat dan dibawa di
dalam poket dan beg. Ini mengakibatkan lensa kamera menjadi kotor dan dipenuhi
cap jari. Gunakan kain yang lembut untuk membersihkan lensa.
68
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.