Tetapan kamera pegun
Untuk melaraskan tetapan kamera pegun
1
Aktifkan kamera.
2
Jika kamera pegun tidak dipilih, seret ke .
3
Ketik salah satu daripada ikon tetapan pada sebelah kiri skrin.
4
Untuk memaparkan semua tetapan, tekan .
5
Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian sunting sebagaimana yang
anda ingini.
Untuk menyuaikan panel tetapan kamera pegun
1
Apabila kamera dibuka, tekan untuk memaparkan semua tetapan.
2
Sentuh terus tetapan yang anda hendak alih dan seretnya ke kedudukan yang
diingini.
Jika anda menyeret tetapan keluar dari panel tetapan, perubahan dibatalkan.
Gambaran keseluruhan tetapan kamera pegun
Pemandangan
Gunakan ciri Pemandangan untuk menyediakan kamera dengan cepat untuk situasi
biasa menggunakan pemandangan yang dipraprogram. Kamera menentukan
beberapa tetapan untuk anda padankan dengan pemandangan yang dipilih,
memastikan foto terbaik mungkin dihasilkan.
Matikan
Ciri Pemandangan dimatikan dan foto boleh diambil secara manual.
Pemandangan malam
Gunakan apabila mengambil foto pada waktu malam atau dalam persekitaran yang bercahaya
malap. Disebabkan oleh masa pendedahan yang lama, kamera mesti dipegang pegun atau
diletakkan pada permukaan yang stabil.
Sukan
Gunakan untuk foto objek yang bergerak pantas. Masa dedahan yang singkat meminimumkan
pengaburan pergerakan.
Nilai pendedahan
Tentukan jumlah cahaya dalam foto yang anda ingin ambil. Nilai yang lebih tinggi menunjukkan
jumlah cahaya bertambah.
Imbangan putih
Tetapan imbangan putih melaraskan keseimbangan warna menurut keadaan
pencahayaan.
Auto
Laras keseimbangan warna secara automatik kepada keadaan pencahayaan.
70
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Pijar
Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol
lampu.
Pendarfluor
Laras keseimbangan warna untuk pencahayaan berpendarfluor.
Cahaya siang
Laras keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.
Mendung
Laras keseimbangan warna untuk langit mendung.
Pemasa kendiri.
Dengan pemasa diri anda boleh mengambil foto tanpa memegang telefon. Gunakan
fungsi ini untuk mengambil potret diri atau foto kumpulan di mana semua orang boleh
berada dalam foto tersebut. Anda juga boleh menggunakan pemasa kendiri untuk
mengelakkan daripada kamera bergegar semasa mengambil foto.
Hidup (10 s.)
Tetapkan tundaan 10-saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga foto diambil.
Hidup (2 s.)
Tetapkan tundaan 2-saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga foto diambil.
Matikan
Foto diambil sebaik sahaja anda mengetik skrin kamera.
Geoteg
Teg foto dengan butiran tempat anda mengambilnya.
Hidupkan
Apabila geoteg dihidupkan, lokasi anggaran geografi ditambah pada foto apabila anda
mengambilnya. Untuk menggunakan geoteg, anda mesti mendayakan ciri lokasi daripada menu
Tetapan
. Untuk geoteg ditambah pada foto, lokasi perlu ditentukan sebelum anda mengambil
gambar. Lokasi anda ditentukan apabila kelihatan pada skrin kamera. Apabila peranti anda
mencari kedudukan anda, kelihatan.
Matikan
Apabila geoteg dimatikan, anda tidak boleh melihat lokasi tempat anda mengambil foto.
Kaedah penangkapan
Pilih cara yang anda gunakan untuk mengambil foto.
Butang pada paparan
Ambil foto dengan mengetuk butang pada skrin pada skrin kamera. Foto diambil sebaik sahaja anda
melepaskan jari anda.
Tangkap sentuh
Kenal pasti kawasan fokus tertentu dengan menyentuh skrin kamera dengan jari anda. Foto diambil
sebaik sahaja anda melepaskan jari anda. Ia digunakan hanya apabila mod fokus ditetapkan kepada
fokus sentuh.
Kekunci kamera shj
Ambil foto hanya menggunakan kekunci kamera perkakasan. Foto diambil sebaik
sahaja anda melepaskan jari anda.