Sony Xperia E - Tetapan kamera video

background image

Tetapan kamera video

Untuk melaraskan tetapan kamera video

1

Aktifkan kamera.

2

Jika kamera video tidak dipilih, seret ke .

3

Ketik salah satu daripada ikon tetapan pada sebelah kiri skrin.

4

Untuk memaparkan semua tetapan, tekan .

5

Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian lakukan perubahan anda.

Untuk menyuaikan panel tetapan kamera video

1

Apabila kamera video dibuka, tekan untuk memaparkan semua tetapan.

2

Sentuh terus tetapan yang anda hendak alih dan seretnya ke kedudukan yang

diingini.

Jika anda menyeret tetapan keluar dari panel tetapan, perubahan dibatalkan.

72

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Gambaran keseluruhan tetapan kamera video

Pemandangan

Ciri Pemandangan membantu anda menyediakan kamera dengan pantas bagi situasi

biasa menggunakan pemandangan yang dipraprogram. Kamera menentukan

beberapa tetapan untuk anda padankan dengan pemandangan yang dipilih,

memastikan video sebaik mungkin dihasilkan.

Matikan

Ciri Pemandangan dimatikan dan anda boleh mengambil video secara manual.

Pemandangan malam

Apabila dihidupkan, kepekaan cahaya akan bertambah. Gunakan dalam persekitaran yang

bercahaya malap. Video objek yang bergerak pantas mungkin menjadi kabur. Tetapkan tangan anda

atau gunakan sokongan. Matikan mod malam apabila keadaan pencahayaan baik, untuk

memperbaik kualiti video.

Sukan

Gunakan untuk video objek bergerak pantas. Masa dedahan yang singkat meminimumkan

pengaburan pergerakan.

Nilai pendedahan

Tetapan ini membolehkan anda menentukan jumlah cahaya dalam imej yang anda tangkap. Nilai

yang lebih tinggi menunjukkan jumlah cahaya bertambah.

Imbangan putih

Tetapan imbangan putih melaraskan keseimbangan warna menurut keadaan

pencahayaan.

Auto

Laras keseimbangan warna secara automatik kepada keadaan pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol

lampu.

Pendarfluor

Laras keseimbangan warna untuk pencahayaan berpendarfluor.

Cahaya siang

Laras keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Laras keseimbangan warna untuk langit mendung.

Pemasa kendiri

Dengan pemasa kendiri anda boleh merakam video tanpa memegang telefon.

Gunakannya untuk merakam video kumpulan di mana semua orang boleh berada

dalam video tersebut. Anda juga boleh menggunakan pemasa diri untuk mengelakkan

kamera bergoyang semasa merakam video.

Hidup (10 s.)

Tetapkan tundaan 10-saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga video mula merakam.

Hidup (2 s.)

Tetapkan tundaan 2-saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga video mula merakam.

Matikan

Video mula merakam sebaik sahaja anda mengetik skrin kamera.

Kaedah penangkapan

Pilih kaedah yang anda pilih untuk merakamkan video.

Butang pada paparan

Rakam video menggunakan butang pada skrin pada skrin kamera.

73

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Tangkap sentuh

Kenal pasti kawasan fokus tertentu dengan menyentuh skrin kamera dengan jari anda.

Kekunci kamera shj

Rakam video menggunakan kekunci kamera perkakasan sahaja.

Mikrofon

Pilih sama ada hendak menangkap bunyi sekeliling ketika merakam video.

Bunyi pengatup

Pilih untuk menghidupkan atau mematikan bunyi pengatup apabila anda merakam

video.

74

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.