
Akaun dan perkhidmatan
Daftar masuk ke akaun perkhidmatan dalam talian anda dari telefon anda dan
dapatkan faedah daripada rangkaian perkhidmatan. Gabungkan perkhidmatan dan
dapatkan lebih banyak lagi daripadanya. Contohnya, kumpul kenalan dari akaun
Google™ dan Facebook™ anda dan masukkannya dalam buku telefon anda supaya
anda mempunyai semuanya di satu tempat.
Anda boleh mendaftar ke khidmat dalam talian dari telefon anda serta dari komputer.
Apabila anda mendaftar untuk kali pertama, akaun dibuat dengan nama pengguna,
kata laluan, tetapan dan maklumat peribadi anda. Pada lain kali anda mendaftar
masuk, anda mendapat paparan diperibadikan.
Akaun Google™
Mempunyai akaun Google™ ialah perkara penting untuk menggunakan rangkaian
aplikasi dan perkhidmatan dengan telefon Android anda. Anda memerlukan akaun
Google™, sebagai contoh, untuk menggunakan aplikasi Gmail™ dalam telefon anda,
untuk bersembang dengan rakan menggunakan Google Talk™, untuk
menyegerakkan kalendar telefon anda dengan Google Calendar™ anda dan untuk
memuat turun aplikasi dan permainan, muzik, filem dan buku dari Google Play™.
akaun Microsoft
®
Exchange ActiveSync
®
Selaraskan telefon anda dengan akaun Microsoft
®
Exchange ActiveSync
®
korporat
anda. Dengan cara ini, anda menyimpan e-mel kerja, kenalan dan acara kalendar
bersama anda pada setiap masa.
Akaun Facebook™
Facebook™ adalah perkhidmatan rangkaian sosial yang menghubungkan anda
dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja anda di seluruh dunia. Sediakan Facebook
untuk berfungsi pada telefon anda supaya anda boleh kekal berhubung dari mana-
mana.
12
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Akaun SyncML™
Selaraskan telefon anda dengan pelayan Internet menggunakan SyncML™. Lihat dan
urus kenalan, peristiwa kalendar dan penanda buku dari telefon anda hanya semudah
yang anda lakukan dari komputer.
13
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.