
Apakah itu Android™?
Telefon pintar Xperia anda dari Sony dijalankan pada platform Android. Telefon
Android boleh melaksanakan banyak fungsi yang sama dengan komputer dan anda
boleh menyesuaikannya mengikut keperluan anda sendiri. Sebagai contoh, anda
boleh menambah dan memadamkan aplikasi atau mempertingkatkannya untuk
memperbaik kefungsiannya. Anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi dan
permainan pada Google Play™ dari koleksi yang sentiasa berkembang. Anda juga
boleh menyepadukan aplikasi pada telefon Android™ anda dengan aplikasi lain dan
dengan perkhidmatan dalam talian yang anda gunakan. Sebagai contoh, anda boleh
membuat sandaran kenalan telefon anda, mengakses pelbagai akaun e-mel dan
kalendar anda dari satu tempat, mengetahui janji temu anda dan melibatkan diri
dalam rangkaian sosial.
Telefon Android™ sentiasa berkembang. Apabila versi perisian baru tersedia dan
telefon anda menyokong perisian baru ini, anda boleh mengemas kini telefon anda
untuk mendapatkan ciri-ciri baru dan peningkatan yang terkini.
Telefon Android™ anda telah dipramuatkan dengan perkhidmatan Google™. Untuk mendapat
sepenuh manfaat daripada perkhidmatan Google™ yang disediakan, anda hendaklah
mempunyai akaun Google™ dan mendaftar masuk apabila anda memulakan telefon anda
buat kali pertamanya. Anda juga perlu mempunyai akses Internet untuk menggunakan banyak
ciri dalam Android™.
Keluaran perisian baru mungkin tidak serasi dengan semua telefon.