Menghidupkan dan mematikan telefon
Untuk menghidupkan telefon
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa di sebelah kanan telefon sehingga telefon
bergetar.
2
Jika skrin anda menjadi gelap, tekan kekunci kuasa sebentar untuk
mengaktifkan skrin.
3
Untuk membuka kunci skrin, seret ke kanan merentasi skrin.
4
Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta dan pilih OK.
5
Tunggu sebentar sementara telefon dimulakan.
PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda
boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesalahan yang
dilakukan semasa memasukkan PIN kad SIM anda, ketik
.
Untuk mematikan telefon
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga menu pilihan dibuka.
2
Dalam menu pilihan, ketik Matikan kuasa.
3
Ketik OK.
Sedikit masa diperlukan untuk telefon ditutup.