
Maklumat undang-undang
SonyC1505/C1504
Panduan pengguna ini diterbitkan oleh Sony Mobile Communications AB atau syarikat gabungan tempatannya,
tanpa sebarang waranti. Pembaikan dan perubahan kepada Panduan pengguna ini diperlukan untuk ralat
tipografi, ketidaktepatan maklumat terkini, atau pembaikan kepada program dan/atau peralatan, mungkin dibuat
oleh Sony Mobile Communications AB pada bila-bila masa dan tanpa notis. Walau bagaimanapun, perubahan
tersebut akan disatukan ke dalam edisi baru Panduan pengguna ini.
©Sony Mobile Communications AB, 2012.
Hak cipta terpelihara.
Telefon mudah alih anda mempunyai kebolehan untuk memuat turun, menyimpan dan menghantar semula
kandungan tambahan, sebagai contoh, nada dering. Penggunaan kandungan tersebut mungkin disekat atau
dilarang oleh hak pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada sekatan di bawah undang-undang hak cipta
yang diguna pakai. Anda, dan bukan Sony, bertanggungjawab sepenuhnya untuk kandungan tambahan yang
anda muat turun atau majukan dari telefon mudah alih anda. Sebelum anda menggunakan sebarang
kandungan tambahan, sila sahkan bahawa penggunaan yang anda hasratkan dilesenkan sewajarnya atau
dibenarkan. Sony tidak menjamin ketepatan, integriti atau kualiti sebarang kandungan tambahan atau sebarang
kandungan pihak ketiga lain. Dalam apa jua keadaan, Sony tidak akan dipertanggungjawabkan dalam sebarang
cara di atas penggunaan anda yang tidak wajar bagi kandungan tambahan atau kandungan pihak ketiga yang
lain.
Panduan pengguna ini boleh merujuk perkhidmatan atau aplikasi yang dibekalkan oleh pihak ketiga.
Penggunaan pemprograman atau perkhidmatan sedemikian mungkin memerlukan pendaftaran berasingan
dengan pembekal pihak ketiga dan mungkin tertakluk kepada terma penggunaan tambahan. Bagi aplikasi yang
diakses pada atau melalui tapak web pihak ketiga, sila semak semula terlebih dahulu terma penggunaan dan
dasar privasi yang dikenakan oleh tapak web seperti itu. Sony tidak menjamin ketersediaan atau prestasi
sebarang laman web pihak ketiga atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Keluarkan bateri untuk melihat maklumat peraturan seperti tanda CE.
Semua nama produk dan nama syarikat yang dinyatakan di sini adalah tanda dagangan atau tanda dagangan
berdaftar bagi pemilik masing-masing. Mana-mana hak yang tidak diberi secara nyata di dalam buku panduan
ini adalah terpelihara. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik berasingan masing-masing.
Lawati
www.sonymobile.com untuk maklumat lanjut.
Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan telefon sebenar
dengan tepat.
Produk in dilindungi oleh hak harta intelektual tertentu Microsoft. Penggunaan atau pengedaran teknologi
sedemikian di luar produk ini tanpa lesen daripada Microsoft adalah dilarang.
Pemilik kandungan menggunakan teknologi pengurusan hak digital Windows Media (WMDRM) untuk
melindungi harta intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan perisian WMDRM untuk
mengakses kandungan yang dilindungi. Jika perisian WMDRM gagal untuk melindungi kandungan, pemilik
kandungan boleh meminta Microsoft untuk membatalkan keupayaan perisian untuk menggunakan WMDRM
untuk memainkan atau menyalin kandungan yang dilindungi. Pembatalan tidak memberi kesan pada
kandungan yang tidak terlindung. Apabila anda memuat turun lesen untuk kandungan yang dilindungi, anda
bersetuju bahawa Microsoft mungkin memasukkan senarai pembatalan dengan lesen. Pemilik kandungan
mungkin memerlukan anda untuk menaik taraf WMDRM untuk mengakses kandungan mereka. Jika anda
menolak naik taraf, anda tidak akan dapat mengakses kadungan yang memerlukan naik taraf tersebut.
Produk ini dilesenkan di bawah visual MPEG-4 dan lesen portfolio paten AVC untuk penggunaan peribadi dan
bukan komersil pengguna untuk (i) pengekodan video yang mematuhi standard visual MPEG-4 ("video
MPEG-4") atau standard AVC ("video AVC") dan/atau (ii) penyahkodan MPEG-4 atau video AVC yang dikodkan
oleh pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersil dan/atau telah mendapatkannya
daripada pembekal video yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk membekalkan MPEG-4 dan/atau video AVC.
Tiada lesen diberikan atau boleh dikenakan untuk sebarang penggunaan lain. Maklumat tambahan termasuk
116
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

maklumat yang berkaitan dengan promosi, penggunaan dalaman dan komersil dan lesen akan diperolehi
daripada MPEG LA, L.L.C. Lihat http://www.mpegla.com. MPEG Layer-3 teknologi pengekodan audio berlesen
daripada Fraunhofer IIS and Thomson.
117
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.