Sony Xperia E - Bateri

background image

Bateri

Mengecas bateri

Bateri telefon tidak dicas sepenuhnya apabila anda membeli telefon. Beberapa minit

mungkin diperlukan sebelum ikon bateri kelihatan pada skrin apabila anda

menyambungkan kabel pengecas telefon ke sumber kuasa, seperti port USB atau

pengecas telefon. Anda masih boleh menggunakan telefon anda semasa ia sedang

dicaskan. Mengecas telefon dalam tempoh yang lama, contohnya, semalaman, tidak

merosakkan bateri atau telefon.

Bateri akan mula menyahcas sedikit setelah ia dicas sepenuhnya dan kemudian mengecas

semula selepas masa tertentu apabila pengecas telefon disambungkan. Ini adalah bagi

memanjangkan hayat bateri dan boleh mengakibatkan status pengecasan menunjukkan tahap

bawah 100 peratus.

Untuk mengecas peranti anda

14

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

1

Pasangkan palam pengecas ke dalam salur keluar kuasa.

2

Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port

USB komputer).

3

Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,

dengan simbol USB menghadap ke atas. LED status bateri menyala semasa

pengecasan bermula.

4

Apabila LED status bateri berwarna hijau, peranti telah dicas sepenuhnya.

Tanggalkan kabel USB dari peranti anda dengan menariknya keluar. Pastikan

penyambung tidak dibengkokkan semasa mencabut kabel dari peranti.

Sekiranya bateri telah dinyahcas sepenuhnya, lampu LED boleh mengambil masa beberapa

minit untuk menyala selepas anda menyambungkan kabel pengecas ke sumber kuasa.

Status Bateri LED

Hijau

Bateri dicas sepenuhnya

Berdenyar merah

Tahap bateri rendah

Jingga

Bateri sedang mengecas. Tahap bateri berada antara rendah dan penuh

Untuk menyemak paras bateri

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Mengenai telefon > Status > Paras bateri.

Memperbaik prestasi bateri

Petua berikut dapat membantu anda memperbaiki prestasi bateri:

Cas peranti anda dengan kerap. Ia tidak akan menjejaskan jangka hayat bateri

tersebut.

Memuat turun data dari Internet menggunakan kuasa. Apabila anda tidak

menggunakan Internet, anda boleh menjimatkan kuasa dengan menyahdayakan

semua sambungan data pada rangkaian mudah alih. Anda boleh melakukan ini dari

Tetapan

> Lagi… > Rangkaian mudah alih > Trafik data. Tetapan ini tidak

menghalang peranti anda daripada memindahkan data melalui rangkaian wayarles

lain.

Matikan GPS, Bluetooth™ dan Wi-Fi® semasa anda tidak memerlukan ciri ini. Anda

boleh menghidupkannya atau mematikannya dengan lebih mudah dengan

menambahkan widget tetapan Pantas pada Skrin Utama anda. Anda tidak perlu

mematikan 3G.

Tetapkan aplikasi penyelarasan anda (digunakan untuk menyelaraskan e-mel,

kalendar dan kenalan anda) untuk diselaraskan secara manual. Anda juga boleh

menyelaras secara automatik, tetapi meningkatkan selang penyelarasan itu.

Semak menu penggunaan bateri dalam peranti anda untuk melihat aplikasi mana

menggunakan paling banyak kuasa. Bateri anda menggunakan lebih banyak kuasa

semasa anda menggunakan aplikasi penstriman video dan muzik, seperti YouTube™.

Sesetengah aplikasi Android Market™ juga menggunakan lebih banyak kuasa.

Tutup dan keluar daripada aplikasi yang tidak anda gunakan.

Rendahkan paras kecerahan paparan skrin.

Matikan peranti anda atau gunakan Mod pesawat jika anda berada dalam kawasan

yang tiada liputan. Jika tidak, peranti anda berulang kali mengimbas rangkaian

tersedia dan hal ini menggunakan kuasa.

Gunakan peranti bebas tangan tulen Sony untuk mendengar muzik. Peranti bebas

tangan menuntut kuasa bateri yang lebih rendah daripada pembesar suara peranti.

Jika boleh, pastikan peranti anda sentiasa dalam keadaan bersedia. Masa bersedia

merujuk pada masa peranti disambungkan ke rangkaian dan tidak digunakan.

Untuk mengakses menu penggunaan bateri

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Bateri untuk melihat aplikasi terpasang mana yang

menggunakan paling banyak kuasa bateri.

15

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menambah widget trafik Data ke Skrin utama anda

1

Dari Skrin Utama anda, tekan .

2

Ketik Tambah> Widget> Alat.

3

Kuis ke kiri untuk mencari dan memilih widget Trafik data. Kini anda boleh

menghidupkan dan mematikan sambungan data anda dengan lebih mudah.

Untuk menambah widget tetapan Cepat ke skrin Utama anda

1

Dari Skrin Utama anda, tekan .

2

Ketik Tambah> Widget> Alat.

3

Pilih widget Tetapan pantas.

Mengurangkan penggunaan bateri dengan Penjimat Kuasa

Gunakan mod penjimatan kuasa pratetap untuk mengurus aplikasi yang

menggunakan banyak kuasa dan mengurangkan penggunaan bateri. Dengan

Penjimat Kuasa, anda juga boleh menyuaikan tetapan dalam setiap mod penjimatan

kuasa kepada cara anda menggunakan telefon anda.

Untuk mengaktifkan mod penjimatan kuasa

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Penjimat Kuasa.

3

Ketik ikon bersebelahan dengan mod penjimatan kuasa yang anda mahu

aktifkan.

Untuk menyahaktifkan mod penjimatan kuasa

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Penjimat Kuasa.

3

Ketik ikon bercahaya bersebelahan dengan mod penjimatan kuasa aktif yang

anda mahu matikan.

Untuk menukar tetapan untuk mod penjimatan kuasa

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Penjimat Kuasa.

3

Untuk membuka menu tetapan, ketik nama mod penjimatan kuasa.

4

Laraskan tetapan seperti yang diingini untuk menjimatkan kuasa.

5

Ketik .

Untuk memaparkan pemberitahuan penjimat kuasa

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Penjimat Kuasa.

3

Ketik .

4

Tandakan kotak semak Bar status.