Ingatan
Anda boleh menyimpan kandungan pada kad ingatan, pada storan dalaman telefon
anda dan pada ingatan telefon. Muzik, klip video dan foto disimpan pada storan
dalaman atau kad ingatan sementara aplikasi, kenalan dan mesej disimpan pada
ingatan telefon.
Anda boleh memindahkan beberapa aplikasi dari ingatan telefon ke storan dalaman.
Untuk memindah aplikasi ke storan dalaman telefon
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Aplikasi.
3
Pilih aplikasi yang anda ingin pindahkan ke storan dalaman.
4
Ketik Pindahkan ke storan dalaman.
Sesetengah aplikasi tidak boleh dipindahkan dari ingatan telefon ke storan dalaman.
Kad ingatan
Anda mungkin perlu membeli kad ingatan secara berasingan.
Telefon anda menyokong kad memori microSD™, yang digunakan untuk kandungan
media. Jenis kas ini boleh digunakan sebagai kad memori mudah alih dengan peranti
serasi yang lain.
Memformat kad ingatan
Anda boleh memformat kad ingatan dalam telefon anda, contohnya, untuk
mengosongkan memori. Ini bermakna anda memadam semua data pada kad.
Semua kandungan pada kad ingatan dipadamkan apabila anda memformatkannya. Pastikan
anda membuat sandaran semua yang anda mahu simpan sebelum memformat kad ingatan.
Untuk membuat sandaran kandungan anda, anda boleh menyalinnya ke komputer anda. Untuk
maklumat lanjut, rujuk kepada bab
Menyambung telefon anda kepada komputer
pada halaman 94.
Untuk memformatkan kad ingatan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Storan > Nyahlekapkan kad SD.
3
Selepas anda telah menyahlekapkan kad ingatan, ketik Hapuskan data kad
SD
.
32
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.