
Menaip teks
Papan kekunci pada paparan
Ketik kekunci papan kekunci QWERTY pada paparan untuk memasukkan teks
dengan mudah. Sesetengah aplikasi membuka papan kekunci pada paparan secara
automatik. Anda juga boleh membuka papan kekunci ini dengan menyentuh medan
teks.
Menggunakan papan kekunci pada paparan
1 Tukar penghurufbesaran aksara dan hidupkan kunci huruf besar. Untuk sesetengah bahasa, kekunci
ini digunakan untuk mengakses aksara tambahan dalam bahasa.
2 Tutup paparan papan kekunci pada paparan
3 Paparkan nombor dan simbol. Sentuh terus untuk memaparkan senyuman.
4 Masukkan ruang
5 Buka menu tetapan input untuk menukar, sebagai contoh, Bahasa penulisan. Kekunci ini juga
menukar bahasa penulisan apabila lebih daripada satu bahasa input dipilih.
6 Masukkan pembawa kembali atau sahkan input teks
7 Padam aksara sebelum kursor
Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan
telefon sebenar dengan tepat.
Untuk memaparkan papan kekunci pada paparan untuk memasukkan teks
•
Ketik medan entri teks.
Untuk menyembunyikan papan kekunci pada paparan
•
Apabila papan kekunci pada paparan dibuka, tekan .
Untuk menggunakan papan kekunci pada paparan dalam orientasi lanskap
•
Apabila anda memasukkan teks, pusingkan telefon ke arah sisi.
Untuk papan kekunci menyokong ciri ini, mod lanskap mesti disokong oleh aplikasi yang anda
sedang gunakan dan tetapan orientasi skrin anda mesti ditetapkan pada automatik.
Untuk memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan
•
Untuk memasukkan aksara yang boleh dilihat pada papan kekunci, ketik
aksara.
•
Untuk memasukkan kelainan aksara, sentuh terus aksara papan kekunci biasa
untuk mendapatkan senarai pilihan tersedia, kemudian, pilih dari senarai.
Sebagai contoh, untuk memasukkan "é", sentuh terus "e" sehingga pilihan lain
kelihatan, kemudian, semasa jari anda masih menekan pada papan kekunci,
seret dan pilih "é".
25
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Untuk menukar antara huruf besar dan huruf kecil
•
Sebelum anda memasukan huruf, ketik untuk menukar ke huruf besar ,
atau sebaliknya.
Untuk menghidupkan caps lock
•
Sebelum anda menaip perkataan, ketik atau sehingga kelihatan.
Untuk memasukkan nombor atau simbol
•
Apabila anda masukkan teks, ketik . Papan kekunci dengan nombor dan
simbol akan kelihatan. Ketik untuk melihat lebih banyak pilihan.
Untuk memasukkan tanda baca biasa
1
Apabila anda selesai memasukkan perkataan, ketik bar ruang.
2
Pilih tanda baca daripada bar calon. Tanda yang dipilih dimasukkan sebelum
ruang.
Untuk memasukkan noktah dengan cepat, ketik bar ruang dua kali apabila anda selesai
memasukkan perkataan.
Untuk memasukkan senyuman
1
Apabila anda masukkan teks, sentuh dan tahan .
2
Pilih senyuman.
Untuk memadam aksara
•
Ketik untuk menggantikan kursir selepas aksara yang anda hendak hapuskan,
kemudian ketik .
Untuk memasukkan pembawa kembali
•
Apabila anda memasukkan teks, ketik untuk memasukkan pembawa
kembali.
Untuk memilih teks
1
Masukkan sedikit teks, kemudian, ketik dan tahan teks. Perkataan yang anda
ketik diserlahkan oleh tab di kedua-dua sisi.
2
Seret tab ke kiri atau kanan untuk memilih lagi teks.
Untuk menyunting teks dalam orientasi potret
1
Apabila anda memasukkan teks, sentuh terus medan teks sehingga bar aplikasi
kelihatan.
2
Pilih teks yang anda mahu sunting dan kemudian gunakan bar aplikasi untuk
membuat perubahan yang anda kehendaki.
Untuk menampalkan teks daripada papan keratan, anda juga boleh menahan medan teks
sehingga Tampal kelihatan, kemudian ketik Tampal.
Bar aplikasi
1
Tutup bar aplikasi
2
Pilih semua teks
3
Potong teks
4
Salin teks
26
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

5
Tampal teks
hanya muncul apabila anda mempunyai teks yang disimpan pada papan keratan.
Menggunakan fungsi Input gerak isyarat untuk menulis perkataan
Anda boleh memasukkan teks dengan menggelangsar jari anda dari huruf ke huruf
pada papan kekunci pada paparan. Anda boleh mengangkat jari anda antara
perkataan agar telefon boleh mengenalinya.
Input gerak isyarat hanya tersedia apabila anda menggunakan papak kekunci skrin pada
paparan.
Untuk memasukkan teks menggunakan fungsi Input gerak isyarat
1
Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada skrin,
luncurkan jari anda dari huruf ke huruf untuk menuliskan perkataan yang anda
mahu tuliskan. Angkat jari anda setelah anda selesai memasukkan sesuatu
perkataan.
2
Telefon mencadangkan perkataan berdasarkan huruf yang anda kesan. Jika
perlu, pilih perkataan yang betul dalam bar calon. Untuk melihat lebih banyak
pilihan, tatal ke kanan atau kiri dalam bar calon perkataan. Jika anda tidak
dapat mencari perkataan yang dikehendaki, ketik sekali untuk memadam
seluruh perkataan. Kemudian cuba sekali lagi untuk menulis perkataan
menggunakan Input gerak isyarat, atau ketik setiap huruf untuk memasukkan
perkataannya.
3
Jika tetapan Ruang antara gerak isyrt diaktifkan, tuliskan perkataan seterusnya
yang anda mahu masukkan. Jika tidak, ketik bar ruang dan kemudian tuliskan
perkataan seterusnya yang anda mahu masukkan.
Untuk memasukkan kata majmuk apabila tetapan Ruang antara gerak isyrt diaktifkan, anda
mungkin perlu luncurkan untuk memasukkan bahagian pertama perkataan itu, kemudian
memasukkan baki perkataan itu dengan mengetik setiap huruf.
Untuk menukar tetapan Input gerak isyarat
1
Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan,
ketik . Jika anda telah memilih lebih daripada satu bahasa tulisan, sentuh
terus .
2
Ketik Tetapan input teks.
3
Tandakan atau nyahtandakan kotak semak Input gerak isyarat.
4
Jika anda mahu menambah ruang secara automatik antara gerak isyarat tanpa
perlu mengetik bar ruang setiap kali, tandakan kotak semak Ruang antara
gerak isyrt
.
Pad telefon
Pad telefon serupa dengan pad kekunci telefon 12 kekunci standard. Ia memberikan
anda pilihan input teks ramalan dan berbilang tap. Anda boleh mengaktifkan kaedah
input teks Pad telefon melalui tetapan papan kekunci. Pad telefon hanya tersedia
dalam orientasi potret.
27
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Menggunakan Pad telefon
1 Buat pilihan input teks
2 Tukar penghurufbesaran aksara dan hidupkan kunci huruf besar
3 Paparkan nombor
4 Paparkan simbol dan senyuman
5 Masukkan ruang
6 Buka menu tetapan input untuk menukar, sebagai contoh, Bahasa penulisan. Kekunci ini juga
menukar bahasa penulisan apabila lebih daripada satu bahasa input dipilih.
7 Masukkan pembawa kembali atau sahkan input teks
8 Padam aksara sebelum kursor
Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan
telefon sebenar dengan tepat.
Untuk membuka Pad telefon untuk kali pertama
1
Ketik medan entri teks, kemudian ketik atau sentuh terus jika anda telah
memilih lebih daripada satu bahasa input.
2
Ketik Bentangan papan kekunci dan buat pilihan.
Setelah anda memilih pilihan susun atur papan kekunci, anda boleh mengaktifkan Pad telefon
hanya dengan mengetik medan entri teks.
Untuk bertukar antara papan kekunci pada paparan dan Pad telefon
1
Apabila anda memasukkan teks, ketik atau sentuh terus jika anda telah
memilih lebih daripada satu bahasa input.
2
Ketik Bentangan papan kekunci dan buat pilihan.
Ingat, Pad telefon hanya tersedia dalam orientasi potret.
Untuk memasukkan teks menggunakan Pad telefon
Apabila menggunakan Pad telefon, anda boleh memilih daripada dua pilihan input:
•
Apabila kelihatan dalam Pad telefon, ketik setiap kekunci aksara sekali sahaja,
walaupun huruf yang anda mahukan bukan huruf pertama pada kekunci tersebut.
Ketik perkataan yang kelihatan atau ketik untuk melihat lebih banyak cadangan
perkataan dan memilih perkataan dari senarai.
•
Apabila kelihatan dalam Pad telefon, ketik kekunci pada paparan untuk aksara yang
anda mahu masukkan. Teruskan menekan kekunci ini sehingga aksara yang diingini
dipilih. Kemudian lakukan cara yang sama untuk aksara seterusnya yang anda mahu
masukkan dan seterusnya.
Untuk memasukkan nombor menggunakan Pad telefon
•
Apabila Pad telefon dibuka, ketik . Pad telefon dengan nombor akan
kelihatan.
28
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Untuk memasukkan simbol dan senyuman menggunakan Pad telefon
1
Apabila Pad telefon dibuka, ketik
. Grid yang mengandungi simbol dan
senyuman akan kelihatan.
2
Tatal ke atas atau ke bawah untuk melihat lebih banyak pilihan. Ketik simbol
atau senyuman untuk memilihnya.
Tetapan Papan kekunci dan Pad telefon
Anda boleh memilih tetapan untuk papan kekunci pada paparan dan Pad telefon,
seperti bahasa penulisan dan pembetulan automatik.
Untuk mengakses tetapan papan kekunci dan Pad telefon
•
Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan
atau Pad telefon, ketik . Jika anda telah memilih lebih daripada satu bahasa
penulisan, sentuh terus .
Untuk menukar bahasa penulisan menggunakan papan kekunci pada paparan
atau Pad telefon
1
Apabila anda memasukkan teks, ketik atau sentuh terus jika anda telah
memilih lebih daripada satu bahasa input.
2
Ketik Bahasa penulisan dan pilih bahasa yang anda mahu gunakan untuk
menulis.
3
Jika anda telah memilih lebih daripada satu bahasa input, ketik untuk
bertukar antara bahasa penulisan yang dipilih.
Untuk menukar papan kekunci
1
Apabila anda memasukkan teks, seret bar status ke bawah untuk membuka
panel Pemberitahuan.
2
Ketik Pilih kaedah input, dan buat pilihan.
Tetapan input teks
Semasa memasukkan teks, anda boleh mengakses menu tetapan input teks yang
membantu anda menetapkan pilihan untuk ramalan teks. Sebagai contoh, anda boleh
memutuskan bagaimana anda mahu telefon anda menunjukkan alternatif perkataan
dan membetulkan perkataan semasa anda menaip atau mendayakan aplikasi input
teks untuk mengingati perkataan baru yang anda tulis.
Untuk menukar tetapan input teks
1
Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan
atau Pad telefon, ketik atau sentuh terus .
2
Ketik Tetapan input teks.
3
Pilih tetapan yang diinginkan.