Sony Xperia E - Tetapan rangkaian mudah alih

background image

Tetapan rangkaian mudah alih

Telefon anda bertukar secara automatik di antara rangkaian mudah alih bergantung

pada rangkaian mudah alih yang mana yang tersedia di kawasan yang berbeza. Anda

juga boleh menetapkan telefon anda secara manual untuk mengakses jenis rangkaian

mudah alih tertentu, sebagai contoh, WCDMA atau GSM.

Untuk memilih jenis rangkaian

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.

3

Ketik Mod Rangkaian.

4

Pilih jenis rangkaian.

Untuk memilih rangkaian lain secara manual

1

Dari Skrin Utama, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih > Pengendali

rangkaian

.

3

Apabila tetingkap pop timbul muncul, ketik Mod cari > Manual.

4

Pilih rangkaian.

Jika anda memilih rangkaian secara manual, telefon anda tidak akan mencari rangkaian lain,

walaupun sekiranya anda keluar dari julat rangkaian pilihan yang dibuat secara manual itu.

Untuk mengaktifkan pemilihan rangkaian automatik

1

Dari Skrin Utama, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih > Pengendali

rangkaian

.

3

Apabila tetingkap pop timbul muncul, ketik Mod cari.

4

Ketik Automatik.

Menyahaktifkan lalu lintas data

Anda boleh menyahdayakan semua sambungan data pada rangkaian 2G/3G dengan

telefon anda untuk mengelakkan sebarang muat turun dan penyelarasan data yang

tidak dikehendaki. Hubungi pengendali rangkaian anda jika anda memerlukan

maklumat terperinci mengenai rancangan langganan anda dan kos lalu lintas data.

Apabila lalu lintas data dimatikan, anda masih boleh menggunakan sambungan Wi-Fi™ dan

Bluetooth™. Anda juga boleh menghantar dan menerima mesej multimedia.

Untuk mematikan semua trafik data

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.

3

Nyahtandakan kotak semak Trafik data.

35

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Perayauan data

Bergantung pada operator rangkaian anda, anda dapat membolehkan sambungan

data mudah alih menggunakan 2G/3G di luar rangkaian utama anda (perayauan). Sila

ambil perhatian bahawa caj pemindahan data akan dikenakan. Hubungi pengendali

rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Aplikasi kadang kala menggunakan sambungan Internet dalam rangkaian utama anda tanpa

sebarang pemberitahuan, sebagai contoh, apabila menghantar permintaan carian dan

penyegerakan. Caj tambahan akan dikenakan untuk perayauan data. Rujuk pembekal khidmat

anda.

Untuk mengaktifkan perayauan data

1

Dari Skrin Utama, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.

3

Tandakan kotak semak Perayauan data.

Anda tidak boleh mengaktifkan perayauan data semasa sambungan data telah dinyahaktifkan

36

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.