Sony Xperia E - Tetapan panggilan

background image

Tetapan panggilan

Menyekat panggilan

Anda boleh menyekat semua atau kategori tertentu panggilan masuk dan keluar.

Apabila anda menggunakan sekatan panggilan untuk kali pertama, anda perlu

memasukkan PUK (Kunci Buka Sekatan Peribadi) anda dan kemudian kata laluan

baru untuk mengaktifkan fungsi sekatan panggilan.

Untuk menyekat panggilan masuk atau keluar

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Sekatan panggilan.

3

Pilih pilihan.

4

Masukkan kata laluan dan ketik Dayakan.

Menolak panggilan dengan mesej

Anda boleh menolak panggilan dengan mesej yang ditentukan terlebih dahulu.

Apabila anda menolak panggilan dengan mesej tersebut, mesej akan dihantar secara

automatik kepada pemanggil dan disimpan pada telefon anda.
Enam mesej ditentukan terlebih dahulu dalam telefon. Anda boleh memililh ini

daripada mesej yang ditentukan terlebih dahulu, yang juga boleh disunting jika perlu.

Untuk menolak panggilan dengan mesej yang ditentukan terlebih dahulu

Seret Tolak dengan mesej ke atas, kemudian pilih mesej.

Untuk menolak panggilan kedua dengan mesej yang diprataktir

Apabila anda mendengar bunyi bip berulang semasa panggilan, seret Tolak

dengan mesej

ke atas, kemudian pilih mesej.

Untuk menyunting mesej yang digunakan untuk menolak panggilan

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Tolak panggilan dengan

mesej

.

3

Ketik mesej yang anda mahu sunting, kemudian lakukan perubahan yang perlu.

4

Setelah anda selesai, ketik OK.

42

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Memajukan panggilan

Anda boleh memajukan panggilan, sebagai contoh, ke nombor telefon lain, atau ke

perkhidmatan menjawab.

Untuk mengalihkan panggilan

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Pemajuan panggilan.

3

Pilih pilihan.

4

Masukkan nombor yang anda ingin alihkan panggilan, kemudian ketik Dayakan.

Untuk mematikan pengalihan panggilan

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Pemajuan panggilan.

3

Buat pilihan, kemudian ketik N/dyakn.

Menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda

Anda boleh memilih untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda

pada peranti penerima panggilan apabila anda menghubungi mereka.

Untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Tetapan tambahan > ID

Pemanggil

.

Nombor Pendailan Tetap

Jika anda telah menerima kod PIN2 daripada pembekal khidmat anda, anda boleh

menggunakan senarai Nombor Pendailan Tetap (FDN) untuk mengehadkan panggilan

keluar.

Untuk mendayakan atau menyahdayakan pendailan tetap

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Nombor Dailan Tetap.

3

Ketik Aktifkn pendailan tetap atau Nyahaktifkn pndailn ttp.

4

Masukkan PIN2 anda dan ketik OK.

Untuk mengakses senarai penerima panggilan yang diterima

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Nombor Dailan Tetap >

Nombor Dailan Tetap

.

43

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.