Sony Xperia E - Menyelaras dengan Facebook™‎

background image

Menyelaras dengan Facebook™

Terdapat dua cara untuk menggunakan Facebook™ pada peranti anda. Anda boleh

menggunakan aplikasi Facebook standard untuk mengakses akaun Facebook dalam

talian anda atau anda boleh menyelaraskan akaun Facebook anda dengan peranti

anda dan berkongsi kandungan antara Facebook™ dan pelbagai aplikasi lain.

Contohnya, anda boleh berkongsi muzik dalam aplikasi "WALKMAN" pada peranti

anda melalui Facebook. Untuk menyelaraskan peranti anda dengan Facebook,

pertama sekali, anda perlu menyediakan akaun "Xperia™ dengan Facebook" —

penyelesaian yang dibangunkan oleh Sony untuk mendayakan penyepaduan mudah.

99

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menyediakan akaun penyepaduan Facebook™ pada telefon anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan.

3

Pastikan penyegerakan dihidupkan supaya aplikasi itu boleh menyegerak data

secara automatik.

4

Ketik Tambah akaun > Xperia™ dengan Facebook.

5

Ikut arahan pada skrin untuk membuat akaun penyepaduan Facebook™, atau

daftar masuk jika anda sudah mempunyai akaun.

Anda juga boleh menyediakan akaun penyepaduan Facebook™ pada telefon anda dengan

menanda kotak semakan Penyepaduan Facebook di bawah Tetapan > Xperia™ > Xperia™

dengan Facebook.

Untuk menyegerakkan secara manual dengan akaun penyepaduan Facebook™

anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan.

3

Ketik akaun Xperia™ dengan Facebook.

4

Tekan , kemudian ketik Selaraskan sekarang.

Untuk mengeluarkan akaun penyepaduan Facebook™ daripada telefon anda

Apabila anda mengeluarkan akaun penyepaduan Facebook™ daripada telefon anda, akaun

Facebook dalam talian yang dikaitkan tidak dipadam dan anda masih boleh mengaksesnya

dari komputer.

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan.

3

Ketik akaun Xperia™ dengan Facebook.

4

Tekan , kemudian ketik Alih keluar akaun.

5

Ketik Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkan.