Sony Xperia E - Menyelaras e-mel korporat anda, kalendar dan kenalan

background image

Menyelaras e-mel korporat anda, kalendar dan kenalan

Akses mesej e-mel korporat anda, janji temu kalendar dan kenalan secara terus dari

telefon anda. Lihat dan uruskannya semudah yang anda mahukan dari komputer.

Selepas persediaan, anda boleh mendapatkan maklumat dalam aplikasi E-mel,

Kalendar

dan Kenalan .

Untuk anda mengakses kefungsian yang diterangkan di atas, maklumat korporat anda mesti

disimpan pada pelayan Microsoft® Exchange.

Untuk menyediakan e-mel korporat, kalendar dan kenalan dalam telefon anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan.

3

Pastikan penyelarasan dihidupkan supaya data anda diselaraskan secara

automatik menurut sela penyelarasan yang anda telah tetapkan.

4

Ketik Tambah akaun > Korporat.

5

Masukkan alamat e-mel korporat dan kata laluan anda.

6

Ketik Seterusnya. Telefon anda mula mengambil maklumat akaun anda. Jika

kegagalan berlaku, hubungi pentadbir rangkaian korporat anda untuk

mendapatkan maklumat lanjut seperti nama domain dan alamat pelayan

Exchange.

7

Ketik OK untuk membenarkan pelayan korporat anda mengawal telefon anda.

8

Pilih data apa yang anda mahu selaraskan dengan telefon, seperti entri kenalan

dan kalendar.

9

Jika diingini, aktifkan pentadbir peranti untuk membenarkan pelayan korporat

anda mengawal ciri keselamatan tertentu dalam telefon anda. Contohnya,

benarkan pelayan korporat anda untuk menetapkan peraturan kata laluan dan

menetapkan penyulitan storan.

10

Apabila persediaan selesai, anda boleh memasukkan nama untuk akaun

korporat supaya ia mudah untuk dikenal pasti.

Untuk menyunting persediaan e-mel korporat, kalendar dan kenalan

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan dan pilih akaun korporat anda.

3

Ketik Tetapan akaun, kemudian ketik akaun korporat yang anda mahu sunting.

4

Tukar tetapan yang diinginkan.

Untuk menetapkan selang penyelarasan untuk akaun korporat

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan dan pilih akaun korporat anda.

3

Ketik Tetapan akaun, kemudian ketik akaun korporat yang anda mahu tetapkan

tahap penyelarasannya.

4

Ketik Kekerapan semakan peti masuk dan buat pilihan selang waktu.

Untuk mengeluarkan akaun korporat dari telefon anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan, kemudian, ketik akaun korporat anda.

3

Tekan , kemudian ketik Alih keluar akaun.

4

Ketik Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkan.