
Menyelaraskan menggunakan SyncML™
Selaraskan telefon anda dengan pelayan Internet menggunakan SyncML™. Lihat dan
urus kenalan, kalendar dan penanda buku dari telefon anda hanya semudah yang
anda lakukan dari komputer.
Untuk menyediakan akaun SyncML™ dalam telefon anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan >Akaun & penyegerakan.
3
Pastikan penyelarasan dihidupkan supaya data anda diselaraskan secara
automatik menurut selang yang anda telah tetapkan.
4
Ketik Tambah akaun > SyncML.
5
Ketik medan akaun, alamat pelayan, nama pengguna dan kata laluan dan
masukkan maklumat yang diperlukan.
6
Ketik Sela penyelarasan dan pilih berapa kerap anda mahu telefon
diselaraskan secara automatik.
7
Ketik item yang anda mahu selaraskan, contohnya, kenalan. Kemudian
masukkan alamat pelayan, nama pengguna dan kata laluan. Ulangi langkah ini
untuk setiap item yang anda mahu selaraskan.
8
Setelah anda selesai, ketik Selesai.
Hubungi pengendali rangkaian SyncML™ anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
tetapan akaun anda.
Untuk menyelaraskan dengan akaun SyncML™ anda secara manual
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan.
3
Ketik akaun SyncML™ yang anda mahu selaraskan.
4
Tekan , kemudian ketik Selaraskan sekarang.
100
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Untuk menetapkan selang masa penyelarasan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan, kemudian, ketik akaun SyncML™
anda.
3
Ketik Tetapan akaun.
4
Ketik Sela penyelarasan dan buat pilihan selang waktu.
Untuk mengeluarkan akaun SyncML™ dari telefon anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan, kemudian, ketik akaun SyncML™
anda.
3
Tekan , kemudian ketik Alih keluar akaun.
4
Ketik Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkan.
101
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.