
Perihal menyelaraskan data pada telefon anda
Anda boleh menyelaraskan kenalan, e-mel, peristiwa kalendar dan maklumat lain
dengan telefon anda dari berbilang akaun e-mel, perkhidmatan penyelarasan dan
akaun jenis lain, bergantung pada aplikasi yang dipasangkan pada telefon anda.
Menyelaraskan telefon anda dengan sumber maklumat lain adalah cara yang mudah
dan praktikal untuk mengikuti perkembangan terkini.
Anda boleh:
•
mengakses Gmail™, Google Calendar™, kenalan Google™, penanda buku Google™
Chrome™ anda dan perkhidmatan Google lain yang anda gunakan.
•
mengakses e-mel korporat, kenalan dan aplikasi kalendar anda.
•
mengakses kenalan Facebook™ anda, kalendar, album dan perkhidmatan lain yang
anda gunakan.