Berbilang tetingkap
Penyemak imbas anda boleh dijalankan sehingga 16 tetingkap berlainan pada masa
yang sama. Anda boleh, contohnya, log masuk ke mel web anda dalam satu tetingkap
dan membaca berita harian dalam tetingkap yang lain. Anda boleh bertukar dari satu
tetingkap ke tetingkap yang lain dengan mudah. Jika anda mahu menyemak imbas
web dengan lebih privasi, anda boleh menggunakan tab incognito untuk membuka
tetingkap yang tidak menyimpan maklumat peribadi atau cookie semasa anda
disambungkan melaluinya.
Untuk membuka tetingkap penyemak imbas yang baru
1
Apabila penyemak imbas dibuka, kuis ke bawah pada skrin untuk menjadikan
bar carian dan alamat kelihatan.
2
Ketik bersebelahan bar carian dan alamat, kemudian ketik .
87
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk membuka tetingkap incognito
1
Apabila penyemak imbas dibuka, kuis ke bawah pada skrin untuk menjadikan
bar carian dan alamat kelihatan.
2
Ketik bersebelahan bar carian dan alamat.
3
Tekan , kemudian ketik Tab penyamaran baru.
Untuk membuka pautan dalam tetingkap penyemak imbas baru
1
Sentuh dan tahan pautan sehingga menu muncul.
2
Ketik Buka dalam tab baru.
Untuk bertukar antara tetingkap penyemak imbas
1
Apabila penyemak imbas dibuka, kuis ke bawah pada skrin untuk menjadikan
bar carian dan alamat kelihatan.
2
Ketik bersebelahan bar carian dan alamat.
3
Tatal ke atas dan ke bawah untuk menyemak imbas senarai semua tetingkap
yang dibuka.
4
Ketik tetingkap yang anda ingin tukar kepadanya.