
Menguruskan teks dan imej
Untuk mencari teks dalam laman web
1
Semasa anda melihat halaman web, tekan .
2
Ketik Cari di halaman.
3
Masukkan teks carian anda. Aksara yang sepadan dengan carian anda akan
diserlahkan pada laman web itu.
4
Ketik anak panah atas atau bawah untuk pergi ke item serlahan sebelumnya
atau seterusnya.
5
Ketuk untuk menutup bar carian.
Untuk menyalin teks dari laman web
1
Sentuh terus bahagian teks yang anda mahu salin sehingga ia diserlahkan. Tab
muncul di setiap hujung pilihan. Seret tab sewajarnya untuk memilih semua
teks yang anda mahu salin.
2
Ketik , kemudian ketik Salin.
3
Untuk menampal teks ke dalam e-mel, mesej teks atau mesej multimedia,
sentuh terus medan teks dalam aplikasi berkaitan dan ketik Tampal dalam
menu yang kelihatan.
Jika teks yang anda mahu salin ialah sebahagian daripada pautan ke laman web lain, satu
menu akan muncul yang memerlukan anda mengetik Pilih teks sebelum anda boleh
meneruskan.
Untuk menyimpan imej daripada laman web
1
Pada laman web yang aktif, sentuh terus imej yang diingini sehingga menu
kelihatan.
2
Ketik Simpan imej.
Jika kad ingatan tidak tersedia, imej tidak boleh disimpan.