
Menggunakan GPS
Telefon anda mempunyai penerima sistem penentududukan sejagat (GPS) yang
menggunakan isyarat satelit untuk mengira lokasi anda.
Apabila anda menggunakan ciri yang memerlukan penerima GPS mencari lokasi anda,
pastikan anda berada di tempat yang tidak terhalang.
Untuk mendayakan GPS
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Perkhidmatan lokasi.
3
Tandakan kotak semak Satelit GPS.
Mendapatkan prestasi terbaik
Pada kali pertama anda menggunakan GPS, ia boleh mengambil masa 5 hingga 10
minit untuk lokasi anda ditemui. Untuk membantu carian, pastikan anda mempunyai
pandangan langit yang jelas. Berdiri tegak dan jangan lindungi antena GPS (kawasan
yang diserlahkan dalam imej). Isyarat GPS boleh melepasti awan dan plastik, tetapi,
tidak melalui objek pejal seperti bangunan dan gunung. Jika lokasi anda tidak dijumpai
selepas beberapa minit, bergerak ke lokasi lain.