Sony Xperia E - Perihal perkhidmatan lokasi

background image

Perihal perkhidmatan lokasi

Gunakan telefon anda untuk mengetahui di mana anda berada. Terdapat dua cara:

GPS atau rangkaian wayarles. Dayakan pilihan rangkaian wayarles jika anda hanya

perlukan lokasi anggaran anda, dan mahukannya cepat. Jika anda mahukan

kedudukan yang lebih tepat, dan mempunyai pandangan langit yang jelas, dayakan

pilihan GPS. Dalam situasi apabila sambungan rangkaian wayarles lemah, anda perlu

mendayakan kedua-dua pilihan untuk memastikan lokasi anda ditemui.

Sony tidak menjamin ketepatan sebarang perkhidmatan lokasi, termasuk tetapi tidak terhad

kepada perkhidmatan navigasi.