Sony Xperia E - Perihal radio FM

background image

Perihal radio FM

Radio FM dalam telefon anda berfungsi seperti mana-mana radio FM lain. Contohnya,

anda boleh menyemak imbas dan mendengar stesen radio FM dan menyimpannya

sebagai kegemaran. Anda perlu menyambungkan headset atau fon kepala kepada

telefon sebelum anda boleh menggunakan radio. Hal ini disebabkan headset atau fon

kepala itu bertindak sebagai antena. Selepas salah satu peranti ini dipasangkan, anda

kemudiannya boleh menukar bunyi radio ke speaker telefon, jika diingini.

Apabila anda membuka radio FM, saluran tersedia kelihatan secara automatik. Sekiranya

saluran mempunyai maklumat RDS, maklumat tersebut kelihatan beberapa saat selepas anda

mula mendengar saluran itu.

Untuk memulakan radio FM

1

Sambungkan headset atau set fon kepala ke telefon anda.

2

Dari Skrin Utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik Radio FM . Saluran yang tersedia muncul apabila anda

menatal melalui jalur frekuensi.

Apabila anda memulakan radio FM, saluran tersedia kelihatan secara automatik. Sekiranya

saluran mempunyai maklumat RDS, maklumat tersebut kelihatan beberapa saat selepas anda

mula mendengar saluran itu.

Beralih antara saluran radio

Anda boleh beralih antara saluran radio pada sesuatu jaluran frekuensi dengan:

Menguis ke atas dan ke bawah.

Menyeret.

Mengetik saluran atau, jika tersedia, maklumat RDS (pengenalan stesen).

Gambaran keseluruhan radio FM

1

Pindahkan ke atas ke kegemaran sebelumnya (tersedia apabila kegemaran disimpan)

2

Frekuensi talaan

3

Simpan atau keluarkan saluran sebagai kegemaran

4

Pindahkan ke bawah ke kegemaran seterusnya (tersedia apabila kegemaran disimpan)

5

Saluran kegemaran yang disimpan

6

Kekunci hidup/mati radio

7

Maklumat Sistem Data Radio (RDS) – tidak tersedia di semua negara/rantau

65

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

8

Buka aplikasi TrackID™