Sony Xperia E - Gambaran keseluruhan tetapan telefon

background image

Gambaran keseluruhan tetapan telefon

Ketahui tetapan dalam telefon anda supaya anda boleh memperibadikannya mengikut

keperluan anda.

Wi-Fi

Hidupkan atau matikan Wi-Fi®, imbas rangkaian Wi-Fi® yang

tersedia atau tambahkan rangkaian Wi-Fi®.

Bluetooth

Hidupkan atau matikan Bluetooth™, cari peranti Bluetooth™

yang tersedia dan jadikan telefon anda kelihatan atau tidak

kelihatan kepada peranti Bluetooth™ lain.

Penggunaan data

Hidupkan atau matikan trafik data mudah alih dan jejaki

butiran penggunaan data anda sepanjang masa tertentu.

Lagi…

Hidupkan atau matikan mod Pesawat, konfigurasikan tetapan

untuk rangkaian VPN dan Mudah Alih serta dayakan telefon

anda untuk berkongsi sambungan data mudah alihnya

sebagai hotspot Wi-Fi® mudah alih atau melalui penambatan

USB atau penambatan Bluetooth™.

Tetapan panggilan

Urus dan konfigurasikan tetapan untuk nombor dailan tetap,

mel suara dan panggilan Internet.

Bunyi

Konfigurasikan cara telefon anda berdering, bergetar atau

memberi isyarat kepada anda apabila anda menerima

komunikasi. Anda juga boleh menggunakan tetapan ini untuk

menetapkan aras kelantangan untuk muzik, video, permainan

atau media lain dengan audio dan untuk melakukan pelarasan

berkaitan.

Paparan

Dayakan skrin telefon anda untuk menukar orientasi apabila

anda memutarkan telefon anda. Anda juga boleh menetapkan

kecerahan, saiz fon, hias latar dan habis masa skrin.

Storan

Lihat ruang yang tersedia pada storan dalaman telefon anda

dan pada kad SD. Anda juga boleh memadamkan kad SD,

atau menyahlekapkannya untuk pengeluaran selamat.

Bateri

Lihat status bateri telefon anda. Anda juga boleh melihat

berapa lama bateri telefon anda boleh bertahan dan

bagaimana aplikasi yang berlainan menggunakan kuasa

bateri.

Aplikasi

Urus aplikasi yang sedang dijalankan, aplikasi yang dimuat

turun dan aplikasi pada kad SD.

Xperia™

Konfigurasikan mod sambungan USB, jenis sambungan

rangkaian dan tetapan Internet. Anda juga boleh mendayakan

ciri Facebook dalam aplikasi.

Akaun &

penyegerakan

Dayakan telefon anda untuk menyelaraskan data dengan

akaun penyelarasan yang anda tambahkan.

Perkhidmatan

lokasi

Dayakan atau nyahdayakan perkhidmatan lokasi Google,

satelit GPS dan carian Lokasi & Google.

Keselamatan

Lindungi telefon anda dengan menyediakan kunci dan kata

laluan berbeza. Anda juga boleh membenarkan pemasangan

aplikasi yang bukan daripada Google Play™.

112

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Bahasa & input

Pilih bahasa telefon, laraskan pilihan input teks, tambahkan

perkataan pada kamus peribadi dan konfigurasikan tetapan

pertuturan.

Sandaran & tetapan

semula

Buat sandaran data anda dan tetapkan semula telefon anda.

Tarikh & masa

Tetapkan masa dan tarikh atau pilih nilai yang diberikan

rangkaian. Pilih format tarikh dan jam yang anda mahukan.

Kebolehaksesan

Dayakan perkhidmatan kebolehaksesan anda yang

dipasangkan dan laraskan tetapan yang berkaitan.

Pilihan pemaju

Tetapkan pilihan untuk pembangunan aplikasi. Contohnya,

anda boleh menunjukkan penggunaan CPU pada paparan

telefon dan menunjukkan maklum balas visual untuk

sentuhan. Anda juga boleh menetapkan telefon untuk

memasuki mod nyahpepijat semasa USB disambungkan.

Mengenai telefon

Lihat maklumat mengenai telefon anda seperti nombor model,

versi perisian tegar, nombor telefon dan isyarat. Anda juga

boleh mengemas kini perisian anda kepada versi terkini.